dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Piasau, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

KELAS ICT- Pengenalan Asas Penulisan Mini Mesyuarat

7 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 7/06/2024, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas ICT kepada pelajar sekolah berkenaan mini mesyuarat. Pengajar menerangkan kepada pelajar yang hadir mengenai mini mesyuarat iaitu dokumen penting dalam mana-mana pertemuan rasmi. Ia berfungsi sebagai rekod rasmi yang mencatat butiran perbincangan, keputusan, dan tindakan yang dipersetujui dalam sesuatu mesyuarat. Kepentingannya tidak hanya terbatas pada merekodkan peristiwa, tetapi juga sebagai rujukan untuk tindakan susulan dan pemantauan perkembangan projek atau aktiviti yang berkaitan.

Dalam kelas ini, pelajar dapat mempelajari sesuatu yang baru kerana mereka tahu betapa pentingnya catatan rasmi yang direkodkan semasa mesyuarat berlangsung. Ini termasuklah segala perbincangan, keputusan yang dicapai, serta tindakan susulan yang perlu diambil. Mini ini bertindak sebagai dokumen rujukan untuk staf dan kakitangan bagi memudahkan mereka menyemak semula agenda atau tindakan yang perlu dilakukan. Mini mesyuarat juga penting sebagai perlindungan undang-undang atau peraturan, memantau perkembangan dan kemajuan projek, merangsang tindakan kerja, dan sebagai rujukan serta rekod peristiwa atau sejarah organisasi. Kelas ini bermula pada jam 2 petang sehingga 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.